Assalamualaikum,
Dimaklumkan satu seminar mengenai Skim Dana Pencen dan Saguhati Tamat Perkhidmatan (Gratuiti) akan diadakan pada 20-21 Oktober 2013 bertempat di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Seminar ini adalah inisiatif dan usaha daripada Kesatuan Sekerja Badan Berkanun Saraan Sendiri (BBSS) yang antara lainnya akan mencari satu mekanisma terbaik dalam melaksanakan Skim Dana Pencen di agensi masing-masing.
KESAKTI telah diminta menghantar seramai 13 orang perserta. Difahamkan wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia akan membentangkan taklimat/kertas kerja dalam seminar tersebut. Diharapkan hasil daripada seminar ini akan dapat merealisasikan cita-cita kita, insyaAllah.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
SYED AHMAD JUHARI BIN SYED MOHD ARSHAD
Setiausaha KESAKTI
Tel/faks: 03-21611487/019-6012434
Tarikh: 19 Oktober 2013
EXCO SESI 2019/2021
Friday, 18 October 2013
Tuesday, 8 October 2013
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP) BAGI KUMPULAN PELAKSANA/SOKONGAN (K12 DAN KE BAWAH)
Assalamualaikum,
Semua Ahli KESAKTI yang dihormati,
Berhubung isu ITP yang sejak kebelakangan ini menjadi topik hangat dikalangan ahli-ahli KESAKTI, dimaklumkan ianya masih lagi dalam rundingan dengan pihak Pengurusan TH. Kertas kerja berkaitan semakan semula ITP telah dihantar kepada Pengurusan TH dan juga Pengerusi TH yang baharu (YB Dato' Abdul Azeez bin Abdul Rahim). Kertas kerja tersebut antara lainnya mohon jasa baik pihak Pengurusan TH supaya mempertimbangan ITP untuk anggota TH Kumpulan Pelaksana/Sokongan (K12 ke bawah) dibayar sebanyak RM450.00 sebulan.
Mesyuarat Agong KESAKTI kali ke-19 pada 29 Jun 2013 bertempat di TaHa D'Kelana, Kelana Jaya, satu usul untuk BERPIKET telah diluluskan mesyuarat. Sehubungan itu, KESAKTI dalam proses untuk melaksanakan kelulusan usul tersebut termasuk meneliti dan mendapatkan khidmat nasihat peguam terlebih dahulu sekiranya tiada sebarang perkembagan positif daripada pihak Pengurusan TH.
Marilah kita semua berdoa mudah-mudahan usaha dan tuntutan kita ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T seterusnya mendapat keberkatan.
Sekian, terima kasih.
'BERSATU UNTUK BERJAYA'
Saya yang menjalankan tugas,
SYED AHMAD JUHARI BIN SYED MOHD ARSHAD
Setiausaha KESAKTI
Tel: 03-21611487/019-6012434
Tarikh: 6 Oktober 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)