EXCO SESI 2019/2021

EXCO SESI 2019/2021

Tuesday, 1 July 2014

SEMAKAN GAJI ANGGOTA TH

17 Jun 2014
TERHAD UNTUK AHLI KESAKTI SAHAJA
Assalamualaikum
Dimaklumkan petang tadi (17 Jun 2014 - 2.30 petang), pihak KESAKTI telah dipanggil oleh pihak Pengurusan TH berhubung perkara Semakan Gaji.
Bagaimanapun, masih belum mendapat kata putus yang terbaik untuk dipersetujui bersama kerana terdapat beberapa pertikaian yang masih perlu diperhalusi secara berhati-hati untuk kepentingan anggota TH dan ahli KESAKTI.
Terima kasih.
Drpd: SETIAUSAHA.
Tel: 0196012434 / 0321611487.

SEMAKAN GAJI ANGGOTA TH

13 Jun 2014
TERHAD UNTUK AHLI KESAKTI SAHAJA
Assalamualaikum,
Untuk makluman tuan/puan, status Semakan Gaji Anggota TH masih lagi diperingkat rundingan.  Alhamdulillah pada 20 Mei 2014 pihak konsultan telah memberi penerangan kepada KESAKTI berkaitan semakan gaji anggota TH.
Bagaimanapun, ianya masih belum boleh dimuktamadkan disebabkan banyak perkara/isu yang dibangkitkan oleh KESAKTI di luar pengetahuan konsultan.
Insya-Allah pada minggu hadapan, pihak KESAKTI akan dipanggil oleh Pengurusan TH bagi tujuan tersebut untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi anggota TH secara keseluruhannya.
Sekian maklumat untuk setakat ini.
Terima kasih.
Drpd: SETIAUSAHA.
Tel: 0196012434 / 0321611487

SEMAKAN GAJI ANGGOTA TH

20 Mei 2014
Assalamualaikum,
Alhamdulillah sebentar tadi (20/5/2014 - 2.30 ptg) pihak konsultan telah memberi penerangan kepada KESAKTI berkaitan semakan gaji anggota TH.
Bagaimanapun, ianya masih belum boleh dimuktamadkan disebabkan banyak perkara/isu yang dibangkitkan oleh KESAKTI di luar pengetahuan konsultan.
KESAKTI akan mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pihak Pengurusan TH dalam masa terdekat bagi mendapatkan keputusan yang terbaik untuk anggota TH secara keseluruhannya.
Sekian maklumat untuk setakat ini.
Terima kasih.
Drpd: SETIAUSAHA.

Tuesday, 1 April 2014

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)

28 Mac 2014
Assalamualaikum,
Berhubung perhimpunan Kesatuan Sekerja Badan Berkanun Diasingkan Saraan (BBDS) yang dimaklumkan sebelum ini mengenai pertikaian 4 tuntutan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Mac 2013 khususnya ITP, insyaAllah ia diteruskan.  Info akan dimaklum kepada semua ahli.
Tragedi MH0370 masih hangat.  Isu semasa perlu diambil kira untuk berbincang dengan pihak Kerajaan.  Pihak CUEPACS sedang berusaha berunding dengan Kerajaan.
Sebarang tindakan perusahaan (piket) ditangguh dahulu sehingga mendapat green light daripada CUEPACS.
Terima kasih.
Drpd: SETIAUSAHA.

SEMAKAN GAJI ANGGOTA TH

12 Mac 2014
Assalamualaikum,
Dimaklumkan bahawa SEMAKAN GAJI ANGGOTA TH masih lagi dalam proses pembentangan kepada KESAKTI oleh Pengurusan TH.
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) pada 20 Februari 2014, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif mengesahkan pihak konsultan telah membuat pembentangan kepada beliau dan pembentangan kepada KESAKTI akan dibuat sebelum ia dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang pertikaian kelak.
KESAKTI mengharapkan pada bulan April 2014 ia boleh dilaksanakan. Semakan ini merangkumi gaji, semua elaun/imbuhan & kuantum berubah.
Terima kasih.
Daripada SETIAUSAHA. 

Sunday, 12 January 2014

SEMAKAN/PELARASAN GAJI ANGGOTA TH

25/12/2013
Assalamualaikum,
Berhubung pertanyaan ahl-ahli mengenai SEMAKAN/PELARASAN GAJI, dimaklumkan sehingga kini pihak Pengurusan TH dan Konsultan yang dilantik belum membuat pembentangan kepada KESAKTI mengenai kajian/semakan yang telah dibuat.
Beberapa permohonan dan susulan telah dibuat oleh KESAKTI supaya diadakan perjumpaan segera berhubung perkara ini.
Sekian dimaklumkan buat masa ini.
Terima kasih.
Drpd: SETIAUSAHA.