EXCO SESI 2019/2021
Monday, 12 July 2021
Allahyarham Haji Razak bin Daros
Takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Razak bin Daros. Alhamdulillah jenazah telah selamat dikebumikan pada jam 12.15 PM (10 Julai 2021) di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Kuala Lumpur. Naib Presiden KESAKTI (Haji Abdul Hadi bin Abdul Rahman) berkesempatan hadir menziarahi jenazah dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada isteri Allahyarham. Didoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para muttaqin.
Sunday, 11 July 2021
Bacaan ayat suci Al-Quran (surah pilihan YASIN) untuk kesihatan sahabat-sahabat TH
Sebelum:
9 Julai 2021 (9.15 PM), JUMAAT
Inisiatif Haji Aminudin bin Haron (JMI) serta sahabat-sahabat yang lain untuk mengadakan majlis bacaan Al-Quran (surah pilihan YASIN) dan tahlil secara maya (Microsoft Teams) khusus untuk kesihatan Haji Saharuddin bin Mohamad (Jabatan Kewangan), Haji Razak bin Daros (Bahagian Simpanan & Pengeluaran) dan Haji Samsudin bin Ali (Mantan Setiausaha KESAKTI 2005-2007). Semoga mereka segera sembuh dan sihat seperti sediakala dengan izin-Nya.
Juga kepada sahabat-sahabat yang telah meninggalkan kita iaitu Allahyarham Haji Hamdan bin Omar, Allahyarham Haji Asnan bin Darwis, Allahyarham Haji Abdul Halim bin Md Jamil dan Allahyarham Aziz bin Mokhtar. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan keampunan kepada mereka dan ditempatkan dalam kalangan para muttaqin. Aamiin Allahumma aamiin.
ZIARAH KEMATIAN OLEH PENGURUS TH PARIT BUNTAR
6 Julai 2021
Pengurus TH Parit Buntar, Perak merangkap AJK KESAKTI Perak (Hajjah Siti Nabillah binti Annuar) menziarahi keluarga Haji Nordin bin Ahmad Badri kerana AYAHANDA MERTUA telah kembali kerahmatullah pada pada 5 Julai 2021. Hajjah Siti menyampaikan sumbangan Wang Khairat Kematian kepada Ibu Mertua beliau. Allahyarham selamat dikebumikan pada jam 12.00 PM. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan ruh arwah ditempatkan dalam kalangan para muttaqin. Terima kasih puan Pengurus TH Parit Buntar. Jazakillahu khairan.
#kesaktiperak
#bersatuuntukberjaya
Takziah kepada Haji Samsudin bin Ali (Mantan Setiausaha KESAKTI 2005-2007)
7 Julai 2021 (Rabu)
Takziah kepada Haji Samsudin bin Ali (Mantan Setiausaha KESAKTI 2005-2007) dan keluarga di atas pemergian isterinya yang bernama ROHAYAH BINTI AWANG di Hospital Ampang, Selangor akibat COVID-19.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para muttaqin.
Pada 2 Julai 2021, MJK KESAKTI berkesempatan mengadakan bacaan Al-Quran (surah pilihan Yaasiin) dan doa secara online untuk kesihatan Haji Samsudin serta keluarga.
Bacaan ayat suci Al-Quran (surah pilihan AL-QALAM)
Sebelum ini:
https://www.facebook.com/
6 JULAI 2021 (9.10 PM) | SELASA
Majlis Jawatankuasa Kerja KESAKTI mengadakan bacaan ayat suci Al-Quran (surah pilihan AL-QALAM) secara online bagi bulan Julai 2021.
Mudah-mudahan dengan keberkatan Al-Quran, selawat, zikir dan doa yang dibaca, Allah SWT mengangkat wabak COVID-19 ini daripada terus menular dalam negara kita tercinta.
Dan juga semoga segala permohonan KESAKTI yang masih tertangguh dimaqbulkan oleh-Nya. Aamiin Allahumma aamiin.
Bacaan ayat suci Al-Quran (surah pilihan YASIN)
2 JULAI 2021 (9.20 PM) | JUMAAT
Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) KESAKTI mengadakan bacaan ayat suci Al-Quran (surah pilihan YASIN) dan doa secara online bagi bulan Julai 2021 khusus untuk kesihatan Haji Samsudin bin Ali (mantan Setiausaha KESAKTI 2005-2007) dan keluarga yang telah disahkan positif COVID19. Mudah-mudahan dengan keberkatan Al-Quran yang dibaca, Haji Samsudin dan keluarga akan sembuh sediakala dengan izin-Nya. Didoakan juga semoga Haji Saharuddin bin Mohamad (Jabatan Kewangan) dan Haji Razak bin Darus (Bahagian Simpanan & Pengeluaran) dikurniakan kesihatan yang baik serta sembuh secepat mungkin dengan izin-Nya. Moga-moga wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia dan negara kita diangkat oleh Allah SWT. Aamiin Allahumma aamiin.
Bacaan ayat suci Al-Quran (surah pilihan AL-MULK)
29 JUN 2021 (9.00 PM) - SELASA
Majlis Jawatankuasa Kerja KESAKTI mengadakan bacaan ayat suci Al-Quran (surah pilihan AL-MULK) secara online bagi bulan Jun 2021 memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT untuk keselamatan negara kita tercinta daripada penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Semoga wabak COVID-19 ini diangkat oleh Allah SWT. Dan juga semoga segala permohonan KESAKTI yang masih tertangguh dimaqbulkan oleh-Nya. Aamiin Allahumma aamiin.
Friday, 25 June 2021
MAJLIS BACAAN AL-QURAN (SURAH PILIHAN YASIN) & TAHLIL UNTUK ARWAH AYAHANDA HAJI NISFUZAMI (JABATAN HARTANAH)
Sebelum:
https://m.facebook.com/story.
25 Jun 2021 (9.15 PM), JUMAAT
Inisiatif Haji Ismail bin Hamzah (Timbalan Pengerusi KESAKTI Melaka) dan Haji Aminudin bin Harun (JMI) serta sahabat-sahabat yang lain untuk mengadakan majlis bacaan Al-Quran (surah pilihan YASIN) dan tahlil secara maya (Google Meet) khusus kepada Allahyarham Razali bin Harun [AYAHANDA Haji Nisfuzami (Jabatan Hartanah)] yang telah kembali kerahmatullah pada 19 Jun 2021. Juga kepada sahabat-sahabat yang telah meninggalkan kita iaitu Allahyarham Haji Hamdan bin Omar, Allahyarham Haji Abdul Halim bin Md Jamil dan Allahyarham Aziz bin Mokhtar. Semoga Allah SWT memberikan keampunan kepada mereka dan ditempatkan dalam kalangan para muttaqin. Didoakan juga agar Haji Saharuddin bin Mohamad (Jabatan Kewangan) segera sembuh dan sihat seperti sediakala dengan izin-Nya. Aamiin Allahumma aamiin.
Thursday, 24 June 2021
Tuesday, 22 June 2021
Bacaan Ayat Suci Al-Quran (Surah Pilihan AL-WAQI'AH)
Sebelum:
https://www.facebook.com/1404899169622287/posts/3805003046278542/
22 JUN 2021 (9.00 PM) | SELASA
Bacaan ayat suci Al-Quran (surah pilihan AL-WAQI'AH) oleh EXCO KESAKTI secara online bagi bulan Jun 2021 memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT untuk keselamatan negara kita tercinta daripada penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Semoga wabak COVID-19 ini diangkat oleh Allah SWT. Dan juga semoga segala permohonan KESAKTI yang masih tertangguh dimaqbulkan oleh-Nya. Aamiin Allahumma aamiin.
Wednesday, 16 June 2021
SEMINAR MENGENAI AKTA PERUSAHAAN MALAYSIA
Penceramah:
Dato' Khalid bin Jali
Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan & Perusahaan Malaysia
Tuan Roslee Sabaruddin bin Abu
Pendaftar Mahkamah Perusahaan
Subscribe to:
Posts (Atom)