Baru-baru ini (22 Oktober 2013) seramai lebih kurang 40 orang staf teknikal TH telah menerima surat pertukaran ke THPS yang dikeluarkan oleh Jabatan Sumber Manusia (JSM).
Walau bagaimanapun, KESAKTI tidak bersetuju kerana surat pertukaran tersebut tidak mempunyai terma dan syarat yang jelas serta tiada "pilihan (option)".
KESAKTI berpendirian, pertukaran anggota TH hanya berlaku di dalam jabatan di TH sahaja manakala pertukaran ke anak syarikat TH adalah dipanggil "Pinjaman".
Akibatnya, pada 25 Oktober 2013, KESAKTI telah menghantar surat bantahan kepada JSM serta memulangkan semula surat pertukaran anggota teknikal TH berkenaan kerana KESAKTI berpendapat ujud unsur paksaan dalam pertukaran ini tanpa melalui perbincangan dan rundingan terlebih dahulu dengan KESAKTI.
Pada 30 Oktober 2013, CUEPACS telah mengeluarkan satu surat kepada Pengurusan Tertinggi TH meminta semua staf teknikal TH yang telah menerima surat pertukaran ke THPS supaya tidak melapor diri pada 1 November 2013 sehingga Mesyuarat Khas antara Pengurusan Tertinggi TH, CUEPACS dan KESAKTI diadakan terlebih dahulu. Mesyuarat tersebut dijangka diadakan pada minggu kedua bulan Novemer 2013.
KESAKTI berharap anggota teknikal TH yang terlibat dapat bersabar dan memberi peluang kepada KESAKTI untuk menyelesaikan isu ini.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Setiausaha KESAKTI
2 November 2013
No comments:
Post a Comment