- BBSS memberi tempoh kepada Majikan agensi masing-masing sehingga 30 November 2013 untuk melaksanakan semua tuntutan BBSS sebagaimana yang telah dipersetujui kecuali SDP yang masih lagi dalam peringkat perincian.
- Sekiranya tiada sebarang tindakan dan maklum balas daripada Majikan, BBSS dan CUEPACS akan berhimpun secara aman di Kementerian Kewangan (M.O.F) Putrajaya pada 5 Disember 2013 bagi menuntut segala pelaksanaan 4 tuntutan BBSS (Imbuhan Tetap Perumahan, Gratuiti, Caruman KWSP Syer Majikan 20% dan SDP) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Mac 2013 yang lalu dilaksana mengikut kaedah yang betul setara dengan Kerajaan termasuk dalam isu Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) di Lembaga Tabung Haji untuk Kumpulan Pelaksana/Sokongan.
Sehubungan itu, KESAKTI menyeru kepada semua ahli, pada 5 Disember 2013 turun beramai-ramai ke M.O.F untuk menyatakan sokongan padu khususnya kepada CUEPACS yang telah banyak membantu kita berhubung tuntutan ini. Ayuh! turun beramai-ramai.
Sekian, terima kasih.
Setiausaha KESAKTI
2 November 2013
Slm. Tahniah pd semua exco KESAKTI yg berjaya merealisasikan harapan dan impian kita bersama. Mudahan permulaan yang baik ini akan membuahkan hasil yang lebih manis pada masa akan datang. InsyaAllah
ReplyDelete