EXCO SESI 2019/2021

EXCO SESI 2019/2021

Sunday, 28 February 2016

KONVENSYEN GABUNGAN KESATUAN SEKERJA BADAN BERKANUN DIASINGKAN SARAAN (BBDS) DI LANGKAWI PADA 21-23 FEBRUARI 2016

  • Konvensyen tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Hotel De Baron, Langkawi selesai dengan jayanya pada 23 Februari 2016 jam 12.00 tengah hari.  Seramai 80 orang peserta terlibat terdiri daripada 7 Kesatuan Sekerja iaitu PERKESO, KWSP, LTH, LTAT, LHDN, BSN dan PERHEBAT.
  • Konvensyen yang julung kali diadakan ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Presiden CUEPACS, YBhg Dato' Azih bin Muda, beliau juga turut mengetuai sesi diskusi bersama peserta pada hari ke-2 konvensyen.
  • Setiap Kesatuan Sekerja membuat pembentangan berkaitan aktiviti, hala tuju, kebajikan ahli, cadangan penambahbaikan untuk ahli dan lain-lain.  Pihak KESAKTI melalui Haji Mohd Azmizan bin Abdul Aziz (Presiden) telah membuat pembentangan antaranya mencadangkan pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia khususnya kaum pekerja dan sebuah Universiti Kesatuan Sekerja Malaysia (UKSM) ditubuhkan.  Cadangan ini mendapat reaksi positif Presiden CUEPACS dan akan dibawa kepada pihak Kerajaan untuk tindakan lanjut.
  • Konvensyen juga sebulat suara bersetuju mencadangkan wakil CUEPACS dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) setiap agensi BBDS sebagai usaha memastikan kepentingan semua staf di agensi berkenaan terjamin.  Pihak CUEPACS dan Kesatuan Sekerja BBDS akan mengadakan perjumpaan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia secepat mungkin berhubung cadangan ini.
 

TARIKH BAHARU MESYUARAT MBJ

Dimaklumkan mesyuarat MBJ Bil. 1/2016 akan diadakan pada 29 Februari 2016 ditunda kepada 7 Mac 2016.  Jika ahli-ahli mempunyai cadangan atau kertas kerja yang hendak dibawa, sila maklumkan kepada Setiausaha.

Terima kasih.

Tel/Faks: 03-21611487

Sunday, 14 February 2016

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

Dimaklumkan mesyuarat MBJ Bil. 1/2016 akan diadakan pada 29 Februari 2016.  Jika ahli-ahli mempunyai cadangan atau kertas kerja yang hendak dibawa, sila maklumkan kepada Setiausaha.

Terima kasih.

Tel/Faks: 03-21611487

E-mel: kesakti@lth.gov.my / kesakti@gmail.com

MESYUARAT GABUNGAN KESATUAN SEKERJA BADAN BERKANUN DIASINGKAN SARAAN (BBDS) DI IBU PEJABAT BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) PADA 2 FEBRUARI 2016

Mesyuarat Gabungan Kesatuan Sekerja BBDS bersama Presiden CUEPACS telah diadakan pada 2 Februari 2016 jam 10.00 pagi di Ibu Pejabat BSN.  KESAKTI diwakili oleh Presiden dan Naib Presiden.  Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pelaksanaan 4 permohonan BBDS sebelum ini yang masih tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh Pengurusan BSN.  Alhamdulillah kita di TH telah dilaksanakan ITP, Saguhati Tamat Perkhidmatan, Caruman KWSP Syer Majikan Sehingga 20%.  Manakala pelaksanaan Skim Dana Pencen sahaja yang masih dalam proses diperingkat Kerajaan.

SETIAUSAHA.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KESAKTI NEGERI PERLIS 31 JANUARI 2016 JAM 11.00 PAGI DI PEJABAT TH KANGAR


MESYUARAT JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KESAKTI NEGERI PULAU PINANG 30 JANUARI 2016 JAM 8.00 MALAM DI BANDAR PERDA


MESYUARAT JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KESAKTI NEGERI KEDAH 30 JANUARI 2016 JAM 11.00 PAGI DI SUNGAI PETANI

 

Sunday, 24 January 2016

MAKLUMAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KESAKTI NEGERI

Assalamualaikum,

Dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:
  • 30 Januari 2016 (10.30 am) - Sungai Petani, Kedah
  • 30 Januari 2016 (08.00 pm) - Seberang Jaya, Pulau Pinang
  • 31 Januari 2016 (10.30 am) - Kangar, Perlis

Sehubungan itu, semua ahli di negeri tersebut boleh mengemukakan sebarang aduan/cadangan kepada ahli jawatankuasa perhubungan negeri masing-masing untuk dibawa ke mesyuarat tersebut.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih. 
 
Saya yang menjalankan tugas,
 
SYED AHMAD JUHARI BIN SYED MOHD ARSHAD
Setiausaha KESAKTI

SEMINAR KEPIMPINAN BARU CUEPACS PADA 18-20 JANUARI 2016 DI HOTEL KUALA LUMPUR INTERNATIONAL (KLI) KG BARU

KESAKTI diwakili oleh Mohd Azmizan bin Abd Aziz (Presiden), Syed Ahmad Juhari bin Syed Mohd Arshad (Setiausaha), Amir Hamzah bin Mahfudz (Penolong Setiausaha) dan Ahmad Azizulrahman bin Asnan (AJK).  Seminar ini diadakan bertujuan untuk melahirkan pelapis muda dan baharu bagi memimpin CUEPACS pada masa akan datang.  Alhamdulillah penyertaan seminar ini amat menggalakkan daripada 200 Kesatuan Sekerja yang bergabung dengan CUEPACS.
 

Saturday, 16 January 2016

TPPA BAKAL BERI LEBIH RUANG PEKERJA SUARAKAN PANDANGAN

JOHOR BAHARU, 10 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang akan dibentangkan di Parlimen akhir bulan ini, bakal menitikberatkan hak pekerja supaya kebajikan mereka lebih terpelihara di negara ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini termasuk membenarkan lebih banyak kesatuan pekerja dibentuk sekali gus memberi lebih peluang untuk mereka menyuarakan pandangan. "Antara perkara yang kita setuju adalah untuk beri ruang yang lebih kepada pihak pekerja untuk menubuhkan kesatuan sekerja. "Sekarang ini, mungkin ada beberapa kekangan jadi mungkin apabila kita membenarkan ia berlaku, beberapa pindaan kepada (undang-undang) perlu dilakukan," katanya kepada pemberita selepas taklimat TPPA kepada wakil pemain industri dan perusahaan kecil sederhana (PKS) di sini, Ahad. Beliau berkata ada kerisauan dari negara-negara yang terlibat TPPA mendakwa Malaysia mengongkong pekerja, justeru itu kerajaan berpendapat ada baiknya pekerja diberikan ruang untuk menyuarakan hak mereka. "Kementerian Sumber Manusia akan buat pengumuman sewajarnya bila sampai masanya. Perubahan ini perlu kita buat dalam tempoh dua tahun selepas menandatangani TPPA," katanya. Sementara itu, Mustapa berkata, satu sesi penerangan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional akan diadakan pada 11 Jan manakala sesi penerangan kepada semua ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 12 Jan. Dalam masa yang sama, kementeriannya juga akan mengeluarkan buku penerangan dengan keterangan lebih ringkas dan mudah difahami mengenai TPPA untuk diedarkan kepada ahli Parlimen dan orang awam mulai 11 Jan. "Kita harap dengan sebahagian daripada persediaan yang kita lakukan ini akan dapat membantu memberi penerangan kepada ahli Parlimen dan juga umum untuk lebih memahami manfaat yang dibawa menerusi TPPA," katanya. Mustapa dijangka membentangkan TPPA dalam satu sidang khas Parlimen di Dewan Rakyat pada 26 Jan ini manakala keputusan akan dibuat pada 27 Jan sebelum dibawa ke Dewan Negara pada 28 Jan. Mengenai PKS, beliau berkata selepas mendapat persetujuan menandatangani TPPA, kerajaan akan merangka satu perancangan teliti bagaimana PKS Malaysia boleh mendapat manfaat dari TPPA. "Ini melibatkan seramai 645,000 PKS dan sudah pasti kerajaan akan memastikan mereka mendapat faedah pasaran terbuka di luar negara dan kita mahu mereka mampu untuk terus bertahan dalam negara," katanya. Rundingan TPPA yang dimuktamadkan pada 5 Okt lepas, melibatkan Malaysia dan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. -- BERNAMA

Wednesday, 13 January 2016

PERSIDANGAN KHAS GABUNGAN KESATUAN SEKERJA BADAN BERKANUN SARAAN SENDIRI (BBSS) DI PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT) SUNGAI BULOH, SELANGOR PADA 13 JANUARI 2016

Persidangan diadakan kerana kakitangan PERHEBAT tidak menerima sebarang imbuhan yang telah diumum oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada perhimpunan di PWTC 25 Mac 2013.  Gabungan Kesatuan Sekerja BBSS yang diketuai oleh Presiden CUEPACS mendesak pihak pengurusan PERHEBAT menghormati dan melaksanakan pengumuman YAB Perdana Menteri tersebut.  KESAKTI sebagai Kesatuan gabungan BBSS dan CUEPACS menyokong segala usaha yang dibuat oleh Kesatuan Sekerja PERHEBAT yang diketuai oleh Tuan Haji Rosli bin Lep (Presiden).  Semoga berjaya !