EXCO SESI 2019/2021

EXCO SESI 2019/2021

Sunday, 28 February 2016

KONVENSYEN GABUNGAN KESATUAN SEKERJA BADAN BERKANUN DIASINGKAN SARAAN (BBDS) DI LANGKAWI PADA 21-23 FEBRUARI 2016

  • Konvensyen tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Hotel De Baron, Langkawi selesai dengan jayanya pada 23 Februari 2016 jam 12.00 tengah hari.  Seramai 80 orang peserta terlibat terdiri daripada 7 Kesatuan Sekerja iaitu PERKESO, KWSP, LTH, LTAT, LHDN, BSN dan PERHEBAT.
  • Konvensyen yang julung kali diadakan ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Presiden CUEPACS, YBhg Dato' Azih bin Muda, beliau juga turut mengetuai sesi diskusi bersama peserta pada hari ke-2 konvensyen.
  • Setiap Kesatuan Sekerja membuat pembentangan berkaitan aktiviti, hala tuju, kebajikan ahli, cadangan penambahbaikan untuk ahli dan lain-lain.  Pihak KESAKTI melalui Haji Mohd Azmizan bin Abdul Aziz (Presiden) telah membuat pembentangan antaranya mencadangkan pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia khususnya kaum pekerja dan sebuah Universiti Kesatuan Sekerja Malaysia (UKSM) ditubuhkan.  Cadangan ini mendapat reaksi positif Presiden CUEPACS dan akan dibawa kepada pihak Kerajaan untuk tindakan lanjut.
  • Konvensyen juga sebulat suara bersetuju mencadangkan wakil CUEPACS dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) setiap agensi BBDS sebagai usaha memastikan kepentingan semua staf di agensi berkenaan terjamin.  Pihak CUEPACS dan Kesatuan Sekerja BBDS akan mengadakan perjumpaan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia secepat mungkin berhubung cadangan ini.
 

No comments:

Post a Comment