EXCO SESI 2019/2021

EXCO SESI 2019/2021

Friday, 20 December 2013

GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN KEHADIRAN PRESIDEN CUEPACS KE IBU PEJABAT TABUNG HAJI (MESYUARAT BERSAMA DATUK PADUKA ISMEE ISMAIL) PADA 14 NOVEMBER 2013

 



Pada 14 November 2013, Presiden CUEPACS (Dato' Omar bin Osman) telah hadir ke Ibu Pejabat TH untuk mengadakan perjumpaan/perbincangan bersama Datuk Paduka Ismee Ismail berhubung isu pertukaran staf teknikal TH ke THP Sinar Sdn Bhd.  Alhamdulillah perbincangan tersebut selesai pada pukul 5.15 petang.
 
Keputusannya:
 
(a) Anggota teknikal boleh memilih untuk kekal batal pertukaran ke THP Sinar Sdn Bhd seperti mana keputusan sebelum ini; atau
 
(b) Anggota teknikal memilih sebagai PINJAMAN ke THP Sinar Sdn Bhd dengan syarat dan terma yang dipersetujui bersama antara pekerja, majikan dan THP Sinar Sdn Bhd.
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
 
SETIAUSAHA KESAKTI.





Wednesday, 13 November 2013

MESYUARAT EXCO KESAKTI BERSAMA PRESIDEN CUEPACS DAN PENGURUSAN TERTINGGI TH

Assalamualaikum,

Tuan/puan, ahli KESAKTI yang dihormati dan disayangi,

KESAKTI ingin memaklumkan bahawa YBhg. Dato' Omar Osman (Presiden CUEPACS) akan menghadiri mesyuarat dengan Pengurusan Tertinggi TH pada 14 November 2013 (Khamis) jam 4 petang di Lantai 38, Ibu Pejabat TH.

Sehubungan itu, pada pukul antara 3.00 hingga 3.30 petang, KESAKTI menyeru semua ahli KESAKTI turun beramai-ramai ke lobi Bangunan Ibu Pejabat TH untuk menyambut ketibaan Presiden CUEPACS sebagai tanda sokongan padu ahli KESAKTI kepada CUEPACS selaku kesatuan gabungan dalam memperjuangkan kebajikan ahli KESAKTI.

Segala sokongan tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Bersatu untuk berjaya.  Hidup CUEPACS!

SYED AHMAD JUHARI BIN SYED MOHD ARSHAD
Setiausaha KESAKTI
13 November 2013

Friday, 1 November 2013

ISU PERTUKARAN ANGGOTA TEKNIKAL TH KE THP SINAR SDN BHD (THPS)

Baru-baru ini (22 Oktober 2013) seramai lebih kurang 40 orang staf teknikal TH telah menerima surat pertukaran ke THPS yang dikeluarkan oleh Jabatan Sumber Manusia (JSM). 

Walau bagaimanapun, KESAKTI tidak bersetuju kerana surat pertukaran tersebut tidak mempunyai terma dan syarat yang jelas serta tiada "pilihan (option)". 

KESAKTI berpendirian, pertukaran anggota TH hanya berlaku di dalam jabatan di TH sahaja manakala pertukaran ke anak syarikat TH adalah dipanggil "Pinjaman".

Akibatnya, pada 25 Oktober 2013, KESAKTI telah menghantar surat bantahan kepada JSM serta memulangkan semula surat pertukaran anggota teknikal TH berkenaan kerana KESAKTI berpendapat ujud unsur paksaan dalam pertukaran ini tanpa melalui perbincangan dan rundingan terlebih dahulu dengan KESAKTI.

Pada 30 Oktober 2013, CUEPACS telah mengeluarkan satu surat kepada Pengurusan Tertinggi TH meminta semua staf teknikal TH yang telah menerima surat pertukaran ke THPS supaya tidak melapor diri pada 1 November 2013 sehingga Mesyuarat Khas antara Pengurusan Tertinggi TH, CUEPACS dan KESAKTI diadakan terlebih dahulu.  Mesyuarat tersebut dijangka diadakan pada minggu kedua bulan Novemer 2013.

KESAKTI berharap anggota teknikal TH yang terlibat dapat bersabar dan memberi peluang kepada KESAKTI untuk menyelesaikan isu ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Setiausaha KESAKTI
2 November 2013 

SEMINAR SKIM DANA PENCEN DAN SAGUHATI TAMAT PERKHIDMATAN (GRATUITI)

Lanjutan daripada Seminar Skim Dana Pencen (SDP) dan Saguhati Tamat Perkhidmatan (Gratuiti) di Port Dickson, Negeri Sembilan anjuran Gabungan Kesatuan Sekerja Badan Berkanun Saraan Sendiri (BBSS) pada 21 Oktober 2013 beberapa perkara telah dicapai.  Antaranya:
  • BBSS memberi tempoh kepada Majikan agensi masing-masing sehingga 30 November 2013 untuk melaksanakan semua tuntutan BBSS sebagaimana yang telah dipersetujui kecuali SDP yang masih lagi dalam peringkat perincian. 

  • Sekiranya tiada sebarang tindakan dan maklum balas daripada Majikan, BBSS dan CUEPACS akan berhimpun secara aman di Kementerian Kewangan (M.O.F) Putrajaya pada 5 Disember 2013 bagi menuntut segala pelaksanaan 4 tuntutan BBSS (Imbuhan Tetap Perumahan, Gratuiti, Caruman KWSP Syer Majikan 20% dan SDP) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Mac 2013 yang lalu dilaksana mengikut kaedah yang betul setara dengan Kerajaan termasuk dalam isu Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) di Lembaga Tabung Haji untuk Kumpulan Pelaksana/Sokongan.

Sehubungan itu, KESAKTI menyeru kepada semua ahli, pada 5 Disember 2013 turun beramai-ramai ke M.O.F untuk menyatakan sokongan padu khususnya kepada CUEPACS  yang telah banyak membantu kita berhubung tuntutan ini.  Ayuh! turun beramai-ramai.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha KESAKTI
2 November 2013

Friday, 18 October 2013

SEMINAR SKIM DANA PENCEN DAN SAGUHATI TAMAT PERKHIDMATAN (GRATUITI)

Assalamualaikum,

Dimaklumkan satu seminar mengenai Skim Dana Pencen dan Saguhati Tamat Perkhidmatan (Gratuiti) akan diadakan pada 20-21 Oktober 2013 bertempat di Residence Desa Lagoon Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Seminar ini adalah inisiatif dan usaha daripada Kesatuan Sekerja Badan Berkanun Saraan Sendiri (BBSS) yang antara lainnya akan mencari satu mekanisma terbaik dalam melaksanakan Skim Dana Pencen di agensi masing-masing.

KESAKTI telah diminta menghantar seramai 13 orang perserta.  Difahamkan wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia akan membentangkan taklimat/kertas kerja dalam seminar tersebut.  Diharapkan hasil daripada seminar ini akan dapat merealisasikan cita-cita kita, insyaAllah.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

SYED AHMAD JUHARI BIN SYED MOHD ARSHAD
Setiausaha KESAKTI
Tel/faks: 03-21611487/019-6012434

Tarikh: 19 Oktober 2013

Tuesday, 8 October 2013

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP) BAGI KUMPULAN PELAKSANA/SOKONGAN (K12 DAN KE BAWAH)

Assalamualaikum,
 
Semua Ahli KESAKTI yang dihormati,
 
Berhubung isu ITP yang sejak kebelakangan ini menjadi topik hangat dikalangan ahli-ahli KESAKTI, dimaklumkan ianya masih lagi dalam rundingan dengan pihak Pengurusan TH.  Kertas kerja berkaitan semakan semula ITP telah dihantar kepada Pengurusan TH dan juga Pengerusi TH yang baharu (YB Dato' Abdul Azeez bin Abdul Rahim).  Kertas kerja tersebut antara lainnya mohon jasa baik pihak Pengurusan TH supaya mempertimbangan ITP untuk anggota TH Kumpulan Pelaksana/Sokongan (K12 ke bawah) dibayar sebanyak RM450.00 sebulan. 
 
Mesyuarat Agong KESAKTI kali ke-19 pada 29 Jun 2013 bertempat di TaHa D'Kelana, Kelana Jaya, satu usul untuk BERPIKET telah diluluskan mesyuarat.  Sehubungan itu, KESAKTI dalam proses untuk melaksanakan kelulusan usul tersebut termasuk meneliti dan mendapatkan khidmat nasihat peguam terlebih dahulu sekiranya tiada sebarang perkembagan positif daripada pihak Pengurusan TH.
 
Marilah kita semua berdoa mudah-mudahan usaha dan tuntutan kita ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T seterusnya mendapat keberkatan.

 
Sekian, terima kasih.

 
'BERSATU UNTUK BERJAYA'
 
Saya yang menjalankan tugas,
 
SYED AHMAD JUHARI BIN SYED MOHD ARSHAD
Setiausaha KESAKTI
Tel: 03-21611487/019-6012434
 
Tarikh: 6 Oktober 2013.

Friday, 5 July 2013

SENARAI EXCO KESAKTI SESI 2013-2015

Presiden:
Mohd Azmizan Bin Abdul Aziz (013-6819376)

Naib Presiden:
Abdul Hadi Bin Abdul Rahman (019-2234343)

Setiausaha:
Syed Ahmad Juhari Bin Syed Mohd Arshad (019-6012434) 

Penolong Setiausaha:
Amir Hamzah Bin Mahfudz (019-3619001) 

Bendahari:
Mohd Suhairey Bin Bakar (019-9750720)

Ahli Jawatankuasa:
  1. Noor Haizard Bin Hussin (013-8519606)
  2. Azham Bin Harun (019-2120731)
  3. Mohd Fariq Bin Mohamed Baziq (019-2879429)
  4. Mohd Lotfi Bin Abdul Rahman (019-3425147)
  5. Abdul Razak Bin Abdul Kadir (019-2216620)
  6. Abdul Halim Bin Domat (019-2234343)

Monday, 17 June 2013

PERUTUSAN PRESIDEN KESAKTI SESI 2011-2013

Assalamualaikum,

 

Semua ahli KESAKTI yang dihormati,

 

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita semua masih diberi kesihatan tubuh badan yang baik untuk terus menjalani kehidupan seharian dengan aman dan sempurna. Sebagaimana sedia maklum, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KESAKTI kali ke-19 bagi pemilihan pegawai KESAKTI untuk sesi 2013-2015 akan diadakan pada 29 Jun 2013 (Sabtu) bertempat di TaHa D’Kelana jam 8.00 pagi. Ini bermakna pegawai KESAKTI bagi sesi 2011-2013 akan tamat penggal mereka tidak lama lagi.

 

Justeru, saya amat berharap agar semua ahli KESAKTI dapat meluangkan masa untuk hadir beramai-ramai, kerana menghadiri mesyuarat agung merupakan satu kewajipan kepada semua ahli kesatuan yang sah. Dalam sibuk kita bertanding dan berkempen untuk calon-calon pilihan, jangan lupa adab dan tertib hendaklah dijaga. Elakkan budaya fitnah-memfitnah dan memburukkan antara satu sama lain. Bertanding dan berkempenlah dalam keadaan suasana yang sihat dan professional. Tunjukkan kematangan kita berkesatuan agar menjadi panduan dan kebanggaan pihak luar yang sentiasa memerhatikan kita semua.

 

Saya amat berharap calon-calon yang bakal dilantik akan lebih dinamik, komited dan memiliki setiakawan yang teguh dan dapat menggerakkan KESAKTI secara tersusun dan berdisiplin, disamping melaksanakan amanah yang diberikan dengan jujur dan dedikasi demi kesatuan yang dicintai ini terus disegani oleh pihak majikan dan luar.

 

Kepada ahli-ahli, undi dan pilihlah calon-calon yang berwibawa demi kesinambungan perjuangan KESAKTI dalam membela hak dan nasib kaum pekerja bawahan di TH. Undi tuan/puan adalah penentu halatuju KESAKTI di masa hadapan. Ambillah kesempatan ini sebaik mungkin dan jangan terlepas peluang untuk memilih calon pilihan masing-masing.

 

Ahli-ahli/tuan/puan yang dihormati sekalian,

 

Tanggal 2 Julai 2013 genaplah usia KESAKTI 37 tahun ditubuhkan. Pelbagai onak dan duri telah ditempohi dengan gigih oleh pemimpin-pemimpin terdahulu hinggalah sekarang dalam usaha menjaga kebajikan ahli-ahlinya terbela tanpa rasa penat dan jemu. Banyak kejayaan manis telah dikecapi sepanjang tempoh tersebut yang mana faktor utama kejayaan itu ialah pengorbanan para pemimpinnya dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh semua ahli.

 

Pengorbanan dengan kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan. Sesungguhnya setiap kejayaan perlu kepada pengorbanan. Bak kata pepatah Melayu: 'kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'.

 

Qudwah kita Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: “Ketahuilah sesungguhnya kemenangan bersama kesabaran, dan kelapangan bersama kesusahan. Sesungguhnya berserta kesukaran itu ada kemudahan” (Hadis No. 19 Matan Arba’ien).

 

Berikut disertakan beberapa isu besar yang telah dan sedang diselesaikan oleh pegawai KESAKTI sesi 2011-2013:

 

1. Pembekuan Cuti Raya Tahun 2012 Pejabat Cawangan:

Berjaya mengumpul ratusan tandatangan ahli membantah cuti dibeku. Tahniah kerana ujud kesatuan yang erat dikalangan ahli apabila isu ini timbul.

 

2. Ganjaran Persaraan:

Lulus melalui Surat Pekeliling TH Bil. 1/2013.

 

3. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP):

Lulus melalui Surat Pekeliling TH Bil. 1/2013 tetapi KESAKTI tidak bersetuju bayaran RM180.00 untuk anggota K9 ke bawah. Permohonan KESAKTI supaya dikaji semula ITP ini telah dihantar dan mendapat reaksi positif di pihak majikan. Sama-sama kita tunggu hasilnya.

 

4. Penambahbaikan Caruman KWSP Syer Majikan sehingga 20%:

Lulus melalui Surat Pekeliling TH Bil. 1/2013.

 

5. Skim Dana Pencen:

Masih diperingkat kajian. Sebelum ini Gabungan 7 Agensi Badan Berkanun Diasingkan (BBDS) telah mengadakan bengkel dan membuat bancian kepada ahli-ahli BBDS untuk merealisasikannya. Bengkel berkaitan dengannya akan diadakan dari masa ke semasa.

 

6. Anggota K9:

Kertas kerja mengenai penambaikan anggota gred K9 dikaji semula telah dihantar kepada majikan. Ia dalam perhatian.

 

7. Skim Gaji Anggota Teknikal:

Majikan telah menerima kertas kerja berkaitan. Beberapa surat susulan telah dihantar. Ia masih dalam perhatian majikan.

 

8. Prestasi Tahunan Anggota (PMS):

Isu tahunan yang dibangkitkan setiap tahun. Anggota tidak dinilai dengan adil. KESAKTI telah memberi perhatian serius ketidakpatuhan majikan dalam menilai anggota yang tidak mengikut kriteria yang ditetapkan.

 

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang memimpin KESAKTI untuk tempoh 2 tahun ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK, sekretariat (2011-2013) dan semua ahli yang telah banyak memberikan kerjasama dan sokongan demi kejayaan KESAKTI. Saya berdoa dan berharap agar Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke-19 ini dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Marilah kita jadikan perjumpaan di dalam mesyuarat agung ini sebagai satu wadah untuk mencambah fikiran serta mencari kata sepakat secara matang dan harmoni di dalam kita mengatur langkah dan gerak kerja.

 

Selamat mengundi dan bersidang.

 

Sekian, terima kasih.

 

BAHARUDIN BIN IDRIS

Presiden

Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Haji (KESAKTI)

Tarikh: 7 Jun 2013

Wednesday, 12 June 2013

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KESAKTI kali ke-19

Assalamualaikum,

Semua ahli KESAKTI,

Jangan lupa hadir beramai-beramai ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KESAKTI kali ke-19 pada 29 Jun 2013 (Sabtu) bertempat di TaHa D'Kelana (Dewan Jugra) jam 8.00 pagi.

Diharapkan tuan/puan mengembalikan kertas undi yang telah dipangkah sebelum atau pada 18 Jun 2013.  Undilah calon-calon yang berwibawa bagi memimpin kesatuan pada masa akan datang dengan lebih cemerlang. 

Hebah dan salurkan maklumat penting ini kepada semua ahli yang tidak mempunyai kemudahan internet.

Sebarang pertanyaan sila tel/faks: 03-21611487 (pejabat KESAKTI).

Terima kasih.

Saturday, 8 June 2013

PENJAWAT AWAM TERUS BERPOLITIK DIKENAKAN TINDAKAN - KSN

http://cuepacs.blogspot.com/2013/06/penjawat-awam-terus-berpolitik.html

KUALA LUMPUR 4 Jun - Para penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, pihaknya telah meminta ketua-ketua jabatan untuk memantau sekiranya terdapat penjawat awam yang masih berpolitik di laman sosial. - UTUSAN ONLINE

Sunday, 19 May 2013

Senarai Exco KESAKTI sesi 2011-2013



Presiden:
Baharudin Bin Idris
Tel: 019-3655427

Naib Presiden:
Abdul Halim Bin Domat
Tel: 019-2234343

Setiausaha:
Mohd Azmizan Bin Abdul Aziz
Tel: 013-6819376

Penolong Setiausaha:
Syed Ahmad Juhari Bin Syed Mohd Arshad
Tel: 019-6012434

Bendahari:
Amir Hamzah Bin Mahfudz
Tel: 019-3619001

Ahli Jawatankuasa:
  1. Noor Haizard Bin Hussin (013-8519606)
  2. Azham Bin Harun (019-2120731)
  3. Mohd Fariq Bin Mohamed Baziq (019-2879429)
  4. Mohd Sukri Bin Ab Rahman (019-2120509)
  5. Ayub Bin Shaari (016-6305351)
  6.  

Salam Perjuangan

Assalamualaikum semua ahli KESAKTI yang dihormati.  Selamat melayari website ini yang baharu sahaja dibina.  InsyaAllah KESAKTI akan mengemaskini blog ini dari masa ke semasa.  Segala cadangan dan maklumat bagi tujuan penambahbaikan sila e-mel: kesakti@gmail.com atau kesakti@lth.gov.my atau tel/faks: 03-21611487.  Sekian, terima kasih.

Penolong Setiausaha (PSU) KESAKTI
19 Mei 2013